Sunday, September 27, 2009

kembali !

hye !!
ain da lame gila x update blog.bkn sbb mls atau bz,but sbb mmg xbape nk expert.hahaha!
nak dipendekkan crita, ain mmg jahil dlm bolg2 ni,ditambah pula dengan kesibukan membuat persediaan utk exam final ni.ckp psl final,mmg menyakitkan hati.satu hapak ain x baca lg.mmg pemalas!

teringat balik kenangan 3 tahun lepas ketika ain masih di bangku sekolah.masa tu,kalau tak silap ain baru je berumur 16 tahun.Perkataan 'kembali' ni lah platform pertama yang menaikkan nama ain ke persada seni kreatif dan penulisan negeri melaka.cerpen kembali karya ain berjaya ke peringkat akhir saringan semasa berkursus bersama a.samad said pd thn 2006.nak dijadikan cerita,ain x pnh sekali pn berangan-angan utk menjadi penulis novel atau cerpen secara serious but masa tu kawan ain nazirah tiba2 mncadangkan nama ain mewakili sharodz utk ke perkampungan penulis muda wilayah selatan.disebabkan tiada siapa yg volunteer menggantikan ain,nak atau tak,terpaksa juga pergi.

dekat sana lah ain berkenalan dengan zerry (skrg aktif dlm jurusan pengacaraan media prima),nisa (lost contact) dan juga zulhelmi (kerja xtau kat mana).kami bertiga berhempas pulas la dalam satu group masa malam terakhir utk menghasilkan sebuah slot drama bertajuk ayahnya sazalie.sebuah drama komedi mmpunya timeline selama 3 mnt itu berjaya mencuri hati juri dan kami akhirnya dinobatkan pelakon terbaik,penyunting terbaik dan penatachaayan terbaik pada malam itu.malangnya, lharapan zerry utk merangkul anugerah penulis skrip terbaik tidak kesampaian.tapi tak apelah,yang penting kami dah berjaya memberikan yg terbaik mlm tu.

tak lama selepas pulangnya kami daripada kursus perkampungan itu,ain dapat panggilan telefon daripada cikgu ramly melalui telefon pejabat disekolah.Ain dan zerry berdua berjaya ke peringkat kebangsaan utk mewakili negeri melaka berkursus bersama a samad said selama 2 minggu di port dickson negeri sembilan.alangkah seronoknya,tp dlm masa yg sama kerisauan terbit juga sbb,ain sedar thp kemampuan ain tidaklah sehebat mana.tidak sehebat dan selincah zerry yang jauh lebih bagus.ain tertnya2 juga,dari sudut manakah mereka menilai ain sehingga ain berjajya menwakikli melaka berbanding 25 org yg lain?tp tak siapa menjawab soalan itu,sehingga sekarng tergantung tak berbalas.

di pd,bnyk yg ain belajar.dunia perfileman dan karya kreatif mmg besar cabarannya.mmg ain x sangka sangat,ain ingt senang,tp sangkkan ain ternyata meleset.pak mad bnyk mengajar kami erti kehidupan seorang pengkarya sepertinya.bukan senang juga melahirkan karya,kena tepat pada mesej yg ingin disampaikan serta jalan ceritanya juga perlu sebati dengan jiwa.pendek cerita,setiap penulis perlu mempunyai mesej utama yg satu.pemahaman dan penjiwaan pembaca tu mesej yg perlu disampaikan penulis setiap kali berkarya.ain x menafikan,mmg dalam ati ni terasa mcm nk tarik diri dari kursus itu.kerana,ain tidak punya hati seikhlas pak mad semasa melahirkan karya.

setiap hari berbeza.jika hari ni kami belajar tentang skrip drama,filem dan teater,keesokannya,kami belajar tentang penulisan lirik yg terlalu cerewet pembikinannya.kadang2 rasa lemas pun ada.

ini semua cerita 3 thn lepas.semuanya dah ain tinggalkan sebaik kaki ain melangkah keluar daripada alam persekolahan.rugi bukan?
semasa kawan2 ain yg lain mcm maaruf,zerry,syukri dan yg lain mengecapi zaman kegemilangggannya,ain hanya berdiam dan menumpang gembira melihat dan membaca karya mereka terpampang di dada persada seni tnahair.maaruf aktif berlakon teater di IB (istana budaya),zerry merupakan penuntut semester akhir dlm bidang pengacaraan,dan syukri aktif dlm menghasilkan karya lirik lagu selepas diambil seorang komposer terkenal sebagai anak didiknya.antara karyanya adlh bersama m.nasir;langit biru.

haha.semua ni kenangan.ain cuma dpt doakan kpd kawan2 ain yg ade kat aswara dan juga berkerja,selamat meneruskan perjuangan ye!